PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengambil kesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama pengamal media yang diadakan di Bangunan Seri Perdana, di sini.
Menerusi majlis itu, seramai 200 orang pengamal media cetak, elektronik dan dalam talian daripada 70 buah agensi media tempatan diraikan oleh Perdana Menteri.
Turut diraikan ialah kelab media tempatan dan antarabangsa selain veteran media.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 20 orang petugas media dan bekas petugas yang uzur kesihatan serta kurang berkemampuan.
Sumbangan tersebut adalah dari Tabung Kasih@Hawana dan Perbadanan Nasional Berhad.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media ini merupakan acara tahunan yang diadakan Pejabat Perdana Menteri bertujuan menyantuni dan menghargai petugas media yang bertungkus lumus menyajikan berita-berita terkini kepada
masyarakat.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengarah Urusan Media Mulia Sdn. Bhd., Azlan Jaafar. – KOSMO! ONLINE