fbpx

Keputusan kadar baharu tarif air Perak minggu depan – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Perak dijangka membuat keputusan berkaitan kadar baharu tarif air di negeri itu pada minggu depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi.

Saarani sebelum ini berkata, kerajaan Perak akan memastikan sebarang kenaikan tarif air di negeri itu tidak akan membebankan pengguna walaupun kadarnya tidak pernah dinaikkan sejak kira-kira 30 tahun.

Dalam perkembangan lain katanya, beliau akan berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak mengenai kelonggaran pakaian bagi murid sekolah agama negeri itu susulan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Jelasnya, dari segi aktiviti pembelajaran, sekolah agama rakyat dan sekolah menengah agama negeri akan mengikut ketetapan apa yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI