JAKARTA – Penyanyi dangdut tersohor Indonesia, Ayu Ting Ting menjalankan tanggungjawab membuang undi pada pilihan raya tempatan (Pilkada) 2020 di kampung halamannya, Depok, Jawa Barat.
Ayu meninggalkan rumah bersama ayahnya, Abdul Rojak menuju tempat pembuangan undi sekitar pukul 10.44 pagi waktu tempatan.
Hadir ke tempat mengundi lengkap dengan pelitup muka dan bersarung tangan, kehadiran Ayu mengundang kegembiraan penduduk setempat yang rata-rata meminta untuk bergambar dengannya.
Menurut Ayu, tanggungjawab mengundi adalah salah satu sumbangan dia dan ayahnya buat Kota Depok.
Mereka berdua turut menjelaskan telah mempersiapkan diri mengikut standard operasi prosedur (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
“Ayah paling marah jika saya tidak mengundi,” katanya.- Agensi