fbpx

Kapal tangki kimia karam, 5 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keoyoung Sun, kapal tangki bahan kimia dari Korea Selatan karam di lautan. - KYODO

TOKYO – Lima individu dilaporkan hilang hari ini selepas sebuah kapal tangki berbendera Korea Selatan yang membawa muatan kimia, karam akibat laut bergelora di luar pantai Jepun.

Enam anak kapal termasuk dua warga Korea Selatan, lapan warga Indonesia dan seorang dari China telah diselamatkan setakat ini.

Pengawal Pantai masih mencari lima yang lain.

“Kapal tangki itu membawa asid akrilik, namun belum ada maklumat mengenai sama ada ia telah bocor ke laut,” kata seorang jurucakap kepada agensi berita AFP.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak mengetahui keadaan mangsa yang telah diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Rakaman dari penyiar Jepun, NHK menunjukkan badan kapal berwarna merah yang dan bot kecemasan terbalik, manakala kapal Pengawal Pantai dipukul ombak besar dan helikopter terbang di udara.

Kru kapal tersebut memberitahu Pengawal Pantai awal hari ini, bahawa kapal itu condong. Justeru, mereka meminta bantuan berhampiran Pulau Mutsure, luar pantai barat daya Jepun, lapor NHK.

Menurut laman web vesselfinder.com, kapal itu dinamakan sebagai Keoyoung Sun. Ia merupakan kapal tangki bahan kimia dan minyak yang dibina pada tahun 1996 dan berukuran 69 meter panjang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI