fbpx

Kanada henti eksport senjata ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Parlimen Kanada di Ottawa. - AFP

OTTAWA – Menteri Luar Kanada, Melanie Joly mengumumkan bahawa negara itu akan menghentikan semua penghantaran senjata ke Israel, lapor agensi berita Anadolu.

Langkah itu dibuat selepas 204 Ahli Parlimen mengundi bersetuju, manakala 117 lagi menentang usul jualan senjata itu selepas ia diperdebatkan dalam tempoh yang panjang.

“Usul asal adalah untuk menggantung sementara jualan senjata tetapi ia telah ditukar kepada larangan secara langsung,” kata Joly kepada akhbar The Toronto Star.

Usul itu juga mengandungi klausa yang mendesak sokongan terhadap penubuhan negara Palestin dengan persetujuan bersama beberapa rakan kongsi antarabangsa Kanada.

Sebelum ini, Ottawa menggantung sementara permit eksport bagi barangan dan teknologi ketenteraan.

Namun, terdapat beberapa kekeliruan sebelum ini kerana Jabatan Hal Ehwal Global Kanada terus menerima permohonan bagi mengeksport senjata ke Israel, manakala ia disemak berdasarkan kes demi kes, lapor akhbar tersebut.

Namun, Joly menegaskan bahawa selepas undian dilakukan pada Isnin lalu yang menggesa larangan senjata, kerajaan memutuskan untuk meluluskannya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Bill Blair berkata, Joly akan memutuskan bagaimana larangan itu dikuatkuasakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI