fbpx

Kilang edar stoking kalimah Allah tutup operasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOTIS tutup operasi kilang edar stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT – Kilang yang didakwa mengedar stoking tertera kalimah Allah di kawasan perindustrian Sri Gading di sini menutup operasinya hari ini.

Penutupan kilang itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan bila pengoperasian semula syarikat itu akan disambung.

Tinjauan di lokasi mendapati, kilang yang terbabit dalam aktiviti bungkusan dan pengedaran sunyi sepi akibat penutupan dalam satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Pada masa sama, terdapat satu kain rentang digantung pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan tulisan Allah yang ditemukan di kedai serbaneka KK Super Mart di Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di kain rentang terbabit.

Dalam permohonan maaf itu, pihak pengurusan menyenaraikan tiga perkara utama antaranya berjanji atas komitmen untuk sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama, memelihara keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI