fbpx

[VIDEO] Air tercemar, ratusan ikan mati di tasik Taman Indahpura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan ratusan ikan mati di tasik di Taman Indahpura, Kulai

KULAI – Kejadian ratusan ikan mati di tasik Taman Indahpura, di sini, semalam dipercayai disebabkan pencemaran air yang berpunca daripada sebuah loji rawatan kumbahan berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, hasil pemerhatian Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor di lokasi mendapati terdapat efluen berwarna hitam di dalam longkang loji tersebut.

Katanya, siasatan dilakukan satu pasukan JAS Johor pada pukul 9.40 pagi dan mengesahkan aduan awam yang dibuat itu adalah berasas.

“Susulan aduan yang diterima, pasukan penyiasat JAS Johor telah digerakkan untuk menjalankan siasatan awal dan mendapati berlaku kejadian ikan mati di tasik itu dan sistem rawatan komponen loji tersebut mengalami kerosakan dan gagal berfungsi dengan baik.

“Loji tersebut juga disyaki melakukan pelepasan efluen kumbahan secara pintasan (bypass),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat yang dimuat naik akaun ‘Orang Kulai’ yang menunjukkan kejadian mengejutkan ratusan ikan mati terapung di tasik di Taman Indahpura.

Tian Soon berkata, bacaan status kualiti air di kedua-dua lokasi berkenaan merosot.

“Arahan lapangan dan notis arahan dikeluarkan kepada loji tersebut untuk menghentikan pencemaran serta membaiki sistem STP dengan serta-merta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI