fbpx

93 syahid, 142 cedera dalam serangan di Gaza semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemusnahan yang berlaku di Gaza akibat serangan tentera Israel. FOTO AFP (GAMBAR HIASAN)

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan 93 rakyat negara itu syahid dalam serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza yang memasuki hari ke-165 semalam.

Angka kematian para syuhada itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi aplikasi Telegramnya.

Selain angka kematian katanya, serangan sepanjang 24 jam semalam juga menyaksikan kira-kira 142 mangsa cedera dan kini dirawat di hospital.

“Rejim Israel melancarkan beberapa operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 93 syahid manakala 142 mangsa yang cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Nadir berkata, sehingga semalam, angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 31,819 syuhada dan 73,934 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI