MERAIH kemasyhuran sejak usia belasan tahun, populariti pelakon Dian Sastrowardoyo memang tidak disangkal sehingga menjadi idola ramai.
Kejelitaan bintang filem Apa Ada Dengan Cinta itu tidak pernah pudar sekalipun usianya kini sudah menginjak angka 42 tahun.
Namun hakikatnya, figura yang selesa disapa Dian Sastro itu bukan saja menganggap dirinya kurang cantik, sebaliknya mengakui jijik melihat wajahnya sendiri.
Perkara itu dikongsikan ketika sesi wawancara dalam audio siar (podcast) Denny Sumargo.
Katanya, dia bukan jenis wanita yang obses terhadap diri sendiri atau menjadi narsistik sehingga sanggup menggantung gambar sendiri.
Mengakui segan melihat wajah sendiri, Dian mendedahkan tidak mempunyai gambar besar di rumahnya, sebaliknya hanya bingkai kecil sebagai pemanis ruang.