fbpx

Mentua Aurel tak sayang cucu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mentua Aurel iaitu Lenggogeni Faruk dikatakan tidak mempedulikan kelahiran cucu.

SELEPAS dikecam mengenai perubahan bentuk fizikal usai melahirkan anak kedua pada November tahun lalu, sekali lagi Aurel Hermansyah berdepan sindiran netizen.

Kali ini membabitkan nama mentuanya iaitu Lenggogeni Faruk yang juga pempengaruh media sosial yang dikatakan tidak mempedulikan kelahiran cucu.

Malah, bukan saja cucu kedua yang dinamakan Azura, anak pertama Aurel dengan Atta Halilintar yang juga cucu sulungnya juga belum pernah dikunjungi sehingga usianya kini mencecah dua tahun.

Enggan ibu mentua terus dijadikan bahan sindiran, Aurel terus mempertahankan wanita itu dengan mendakwa mereka saling berhubung dengan panggilan video.

Akui anak penyanyi Krisdsyanti itu, faktor tinggal di luar negara selain terikat komitmen kerja menyukarkan keluarga suaminya pulang ke Jakarta.

Sebelum ini, pernah tersebar gosip keluarga popular dengan 11 anak itu berhijrah disebabkan hutang, namun dinafikan dengan terbaharu ketua keluarganya, Anofial Asmid dituduh menjual tanah milik sebuah badan amal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI