SERI ISKANDAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di sini yang mempunyai kapasiti memuatkan 1,200 jemaah.
Baginda berangkat dan tiba di masjid tersebut pada pukul 7.00 malam, diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan pemimpin dan pentadbir negeri.
Pada majlis perasmian yang diadakan itu, baginda turut berkenan menanam pokok Bunga Tanjung sebagai simbolik merasmikan masjid tersebut.
Majlis itu turut diserikan dengan program berbuka puasa yang diadakan dalam pekarangan masjid melibatkan lebih 500 orang yang hadir.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan kepada pemberita, anggaran kos pembinaan masjid itu adalah RM5.7 juta. – KOSMO! ONLINE