fbpx

Harga jualan runcit Berat Puith Import turun RM2 hingga RM3 bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju penurunan harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa esok.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, kerajaan optimis inisiatif ini dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.

Katanya, bagi meningkatkan pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.

“Justeru, KPKM akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara.

“Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro Madani yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program,” kata kenyataan itu selepas Mesyuarat NACCOL Bil. 1/2024 tadi.

Dalam pada itu, KPKM berkata, kerajaan turut bersetuju agar semua Kontrak Kerajaan mengguna pakai sepenuhnya BPI.

“Sehubungan itu, melalui kaedah ini, bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada April 2024.

“Kesemua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran,” ujarnya.

KPKM jelasnya, akan meneruskan perbincangan bersama semua pemegang taruh memperhalusi pelan tindakan jangka panjang struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik untuk memastikan industri padi dan beras adalah mampan terutamanya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah serta meningkatkan produktiviti pengeluaran beras negara.

“Sesungguhnya keputusan ini mencerminkan komitmen utuh Kerajaan Madani dalam menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI