fbpx

PTPTN telah bantu 3.96 juta pelajar, libatkan dana RM71.65b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Sharifudin Md. Shaarani (dua dari kanan) beramah mesra dengan Ahmad Dasuki (tiga dari kanan) serta Siti Aisyah Shahid (kanan) selepas Majlis Menandatangani MoU di antara USIM), MyFundAction dan PTPTN di Bangunan Canselori USIM, Nilai, Seremban hari ini.- Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN   Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membantu seramai 3.96 juta pelajar melibatkan dana pinjaman yang telah dikeluarkan berjumlah RM71.65 bilion sehingga 29 Februari lalu.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, daripada jumlah berkenaan, seramai 25,928 orang merupakan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan dana pinjaman yang telah dikeluarkan berjumlah RM480.24 juta.

“Kemudahan pinjaman ini membuktikan peranan dan sumbangan besar PTPTN dalam melahirkan golongan cerdik pandai sekali gus menjadi aset penting kepada negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara USIM, MyFundAction dan PTPTN di Bangunan Canselori USIM, Nilai di sini hari ini.

Katanya, dalam misi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, PTPTN turut menyediakan instrumen simpanan terbaik yang sangat bermanfaat kepada masyarakat Malaysia iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

“Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat iaitu pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan maksimum RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI