JAKARTA – Seorang remaja perempuan tular di media sosial selepas menyiarkan perbualan menunjukkan bekas teman lelakinya memaksa dia membayar semula wang yang dibelanjakan ketika mereka masih bersama, lapor laman berita Suryamalang semalam.
Menurut perbualan itu, si lelaki meminta bekas teman wanitanya untuk mengembalikan wang yang dibelanjakan yang kesemuanya berjumlah 473 ribu rupiah (RM142.42).
Perbualan itu kemudian tular di laman Instagram.
“Wanita mesti berhati-hati apabila bercinta, lebih-lebih lagi jika bersama dengan lelaki yang kedekut dan berkira apabila keluar temu janji,” kata seorang netizen.
“Hidup begitu indah semasa bersama, namun, apabila berpisah semua perbelanjaan diminta untuk dikembalikan lagi,” tambah netizen lain.
Tiada maklumat mengenai punca mereka berpisah. Bagaimanapun, lelaki tersebut kedengaran begitu kesal berdasarkan perbualan mereka. – AGENSI