fbpx

Kejar status pilihan utama Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik menyasarkan kejayaan gemilang pada saingan BAC 2024 di Ningbo bermula 9 hinggag 14 April ini.

SEPANG – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meletakkan misi besar menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mengukuhkan kedudukan ranking Race to Paris agar mereka diletakkan sebagai pilihan utama pada temasya berprestij itu.

Pada edisi Olimpik Tokyo 2020, mereka turun sebagai gandingan ‘underdog’, bukannya dalam senarai pilihan utama pada undian temasya empat tahun sekali itu.

Biarpun turun bukan selaku gandingan utama, namun pasangan negara itu masih berjaya melakukan kejutan dengan meraih pingat gangsa buat kontinjen Malaysia.

Justeru, Wooi Yik meluahkan hasrat untuk diletakkan sebagai pilihan utama di Paris pada Julai nanti agar laluan mereka ke peringkat seterusnya lebih mudah.

“Jika diikutkan kedudukan ranking kita juga sangat tinggi dan untuk kita kekalkan ranking bukan mudah. Jadi, kita kena fokus pada setiap perlawanan.

“Sukan Olimpik kali ini sangat berbeza kerana di Tokyo dahulu kita pergi sebagai underdog, bukan selaku pilihan utama. Sekarang lain kerana kita mempunyai sasaran tersendiri.

“Oleh itu, kita perlu cari cara untuk berada dalam kedudukan pilihan utama iaitu satu hingga empat terbaik,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.

Bagi memastikan impian tersebut tercapai, Wooi Yik berkata, mereka mahu melakukan yang terbaik pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China berlangsung dari 9 hingga 14 April ini.

“Sudah pasti BAC masih penting kerana kita nak berjuang mendapatkan mata ranking untuk memastikan kita mampu berada dalam pilihan utama di kelayakan Olimpik Paris nanti.

“BAC juga adalah salah satu kejohanan yang besar iaitu Super 1000. Jadi, kita harus fokus ambil mata di sana untuk kekalkan kedudukan ranking,” tambahnya.

Ketika ini, Aaron-Wooi Yik berada di ranking kelima dalam carta Road to Paris dengan mengumpul 90,664 mata, manakala gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup di tangga keempat (91,024).

Ranking No.1 dimiliki beregu Korea, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae (97,261), diikuti gandingan india, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (96,353), manakala beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 93,411 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI