fbpx

2,866 kompaun bernilai RM1.43 juta dikeluar berkait denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sejumlah 2,866 kompaun bernilai RM1.43 juta berkait pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi pada bulan lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

“Sejumlah 410 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 86 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM199,800,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, KKM turut mengeluarkan sejumlah 5,937 kompaun bernilai lebih RM1.46 juta dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Melalui penguatkuasaan itu, 25,583 premis yang dilawati, sejumlah 14,299 notis kesalahan dikeluarkan,” ujarnya.

Muhammad Radzi berkata, KKM juga mengarahkan sebanyak 263 premis ditutup sementara di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Jumlah premis yang dikenakan perintah penutupan sementara ini adalah 2.85 peratus daripada keseluruhan 9,212 premis makanan yang diperiksa menerusi penguatkuasaan akta terbabit

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” jelasnya.

Beliau menegaskan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh KKM.

Dalam pada itu, Muhammad Radzi turut menyeru orang ramai menjalankan tugas dan tanggungjawab agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI