fbpx

SADC Perak jual ayam RM6 seekor menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kiri) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Perbadanan Pembangunan Negeri Perak (SADC) menawarkan diskaun bagi barangan keperluan asas seperti ayam, telur dan daging pada program Jualan Rahmah sempena Aidilfitri akan bermula pada 20 Mac sehingga 2 April depan.

Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Kumpulan Perak SADC, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembelian barangan tersebut perlu dibuat melalui pra-pesanan pada tarikh yang ditetapkan.

Katanya, setelah pembeli membuat pra-pesanan, barangan boleh diambil pada 5 April 2024 di perkarangan parkir Ibu Pejabat Perak SADC.

Ujarnya, ayam akan dijual pada harga RM6 seekor manakala daging pejal akan dijual pada harga RM32 per kilogram dan telur pada harga RM10 satu papan.

“Daging batang pinang dijual dengan harga RM39 per kilogram manakala tulung rusuk RM28 satu kilogram, tulang RM26 sekilogram, organ RM16 sekilogram dan gearbox RM10 satu unit.

“Bukan itu sahaja, kepala lembu jual dijual dengan harga RM60 dan kaki lembu RM60 sebatang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pra-Pesanan Jualan Rahmah Aidilfitri 2024 di Ibu Pejabat Perak SADC di sini hari ini.

Sementara itu, Saarani berkata, sebanyak RM4.77 juta peruntukan telah disalurkan yang telah memberi manfaat kepada 1,129 orang usahawan sepanjang 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI