fbpx

Hanya 5 pasang stoking tertera kalimah Allah ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL DOLLAH ketika mengadakan sidang media di hadapan kilang Xin Jian Chang di Sri Gading, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Hanya lima pasang stoking yang mempunyai cetakan perkataan Allah ditemui di kilang seperti ditularkan yang didakwa pihak pengeluar bahan kontroversi itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, barangan itu merupakan stoking yang dipulangkan salah satu cawangan pasar raya mini KK Mart Sunway di Selangor.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas 18,000 pasang stoking yang terdapat di kilang berkenaan mendapati tiada yang mempunyai cetakan nama Allah.

“Siasatan mendapati kilang ini tidak membuat sebarang jenama stoking, namun hanya mengeluarkan pelbagai jenis selipar.

“Stoking yang dijumpai adalah barang diimport dari China dan merupakan sebahagian daripada produk ditempah dari negara berkenaan,” katanya kepada pemberita d isini hari ini.

Menurut Ismail, siasatan turut mendapati kilang berkenaan hanya membungkus dan mengedar stoking selepas menerima bekalan dari China.

Ujarnya, hanya tiga buah pasar raya mini yang terlibat dengan kejadian penjualan stoking berkenaan dan ketiga-tiganya berada di Sunway.

“Tiada penemuan baharu stoking (kalimah Allah) dan barangan itu dirampas untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI