fbpx

Suhana kena penjara 6 tahun miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhana Ismail di iringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman enam tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini. Foto BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Ibu tunggal enam orang anak dijatuhkan hukuman enam tahun penjara bermula tarikh tangkapan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan pindaan memiliki dadah methamphetamine seberat 71.87 gram, pada 2021 lalu.

Hukuman terhadap Suhana Ismail, 43, dijatuhkan Hakim, Datuk Abu Bakar Katar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu ditahan polis peronda bersama dadah jenis methamphetamine seberat 71.87 gram di Jalan Bunga Melor, Kampung Desa Jaya, pada pukul 11 malam, 4 April 2021.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Terdahulu, peguam bela tertuduh, G.K. Sritharan memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepada tertuduh yang turut merupakan penghidap HIV.

“Tertuduh mempunyai enam orang anak yang berusia antara 7 hingga 16 tahun, dengan kesemuanya masih bersekolah. Ini juga merupakan kesalahan pertamanya.

“Dia bekerja sebagai penjual kuih dengan pendapatan RM800 sebulan, membesarkan enam orang anak tanpa bantuan daripada bekas suaminya,” katanya semasa membuat rayuan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlan Bohari. Manakala tertuduh diwakili Sritharan dan Tan Ming Khong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI