fbpx

Malaysia, Argentina setuju tingkat kerjasama pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Diana di pejabatnya hari ini. - FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Argentina secara terbuka bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai sektor terutama melibatkan hal pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kata sepakat itu dicapai sewaktu Menteri Luar Negeri Argentina, Diana Mondino mengadakan kunjungan ke pejabatnya hari ini.

“Menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Argentina, Diana Mondino di pejabat hari ini.

“Kesempatan yang ada ini kami gunakan untuk menyentuh perihal perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu, ekonomi digital, pertanian dan industri halal selain pelanjutan tempoh visa.

“Sokongan kerajaan Argentina terhadap pelaburan Malaysia di negara tersebut turut disentuh malah Menteri Luar Argentina telah bersetuju untuk menjaga kepentingan pelaburan yang sedang dan telah dirancang,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyentuh isu kemanusiaan melibatkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza ketika ini.

“Mengupas konflik Palestin-Israel, saya telah menggesa agar Argentina mendukung usaha mencapai gencatan senjata dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza,” ujarnya.

Diana dijadualkan mengadakan lawatan rasminya ke Malaysia bermula hari ini dan esok.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia selepas menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI