PETALING JAYA – Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 Januari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan pulang sekitar pukul 11.30 pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan di Instagram rasmi, Dr. Mahathir hari ini.
Menurut pegawai beliau, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN lebih sebulan lalu adalah untuk menjalani rawatan serta proses pemerhatian akibat jangkitan. – KOSMO! ONLINE