PENANTIAN hampir 1,000 peniaga Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu untuk memiliki kompleks perniagaan baharu bakal berakhir tidak lama lagi. Kompleks baharu bernilai RM70.03 juta itu dijangka mula beroperasi selepas Aidilfitri. Ia menggantikan premis lama yang uzur dan disahkan kurang selamat dalam satu pemeriksaan struktur pada tahun 2009. Sebelum ini, peniaga Pasar Besar Kedai Payang beroperasi di premis sementara bersebelahan yang dikenali sebagai Pasar Payang 2 berikutan pembangunan semula pusat sehenti produk makanan, kraf tangan, seni dan warisan Terengganu terbabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya