fbpx

Empat teratas bukan sasaran Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUANG Spurs untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas semakin sukar selepas tewas mengejut kepada Fulham. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou membuat kenyataan mengejutkan apabila mengakui tidak terlalu berminat dengan pere­butan kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebaliknya, bekas pengendali Celtic itu menjelaskan, fokus utamanya adalah membina sebuah pa­sukan kompetitif yang mampu mencabar kejuaraan-kejuaraan penting pada masa hadapan.

Kenyataan itu hadir selepas mereka tewas 0-3 kepada Fulham kelmarin menyaksikan Spurs masih tidak mampu untuk me­mintas Villa yang berada di tangga keempat dengan kelebihan tiga mata.

“Saya tidak lihat kedudukan empat teratas sebagai hadiah terbaik untuk kami. Saya juga tidak mahu menamatkan ­saingan di kedudukan empat teratas selagi Spurs belum memiliki sebuah pasukan kompetitif.

“Kami tidak sepatutnya terlalu mengejar kedudukan itu sekiranya tidak pasti apa yang mampu dilakukan pada musim berikutnya. Apa yang paling penting untuk saya adalah sebuah pasukan yang mampu mencabar mana-mana pasukan,” ­katanya.

Justeru, beliau langsung tidak kisah sekiranya Spurs gagal me­layakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan selagi pemain-­pemainnya tidak menunjukkan kematangan untuk menjadi ­pemain lebih baik.

“Empat teratas bukan sasaran kami. Jika kami tamatkan saingan di kedudukan
kelima sekalipun, tetapi mampu memberikan cabaran musim depan, saya tetap gembira dan berpuas hati,” ujar Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI