fbpx

Seludup 340 guni bawang ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika ditahan oleh anggota tentera darat kerana menyeludup bawang ke Indonesia.

KUCHING – Kegiatan seorang lelaki menyeludup bawang ke Indonesia gagal apabila dikesan oleh anggota tentera darat.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat menerusi satu kenyataan, berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi semalam di Ladang Sawit Empaling, Bau iaitu pada jarak lebih kurang 400 meter dari sempadan Indonesia.

“Semasa melakukan rondaan, anggota tentera telah menahan sebuah lori tempatan dalam keadaan tertutup dan mencurigakan cuba memasuki Indonesia menggunakan jalan yang tidak sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori itu dipandu seorang lelaki tempatan membawa muatan sebanyak 340 guni bawang (import India) untuk diseludup ke Indonesia,” katanya.

Kenyataan itu menambah, kesemua hasil rampasan termasuk sebuah lori Mitsubishi Fuso berkenaan dianggarkan berjumlah RM158,960.

Susulan itu, katanya laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bau dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam Kuching untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI