fbpx

Pemandu teksi dapat pampasan lebih RM839 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DERETAN teksi dilihat di pusat bandar Sydney hari ini. – AFP

SYDNEY –  Pemandu teksi Australia yang terjejas disebabkan kebangkitan syarikat perkongsian kenderaan Uber, memenangi pampasan berjumlah AS$178 juta (RM839.63 juta), kata peguam mereka hari ini.

Lebih 8,000 pemandu teksi dan pemilik kereta sewa memfailkan saman berkumpulan pada 2019, dengan alasan mereka hilang pendapatan yang besar apabila Uber memasuki Australia pada 2012.

Peguam utama mereka, Michael Donelly berkata, ganti rugi itu merupakan  ‘penyelesaian saman berkumpulan kelima tertinggi dalam sejarah perundangan Australia’.

“Uber berjuang habis-habisan  sepanjang perbicaraan ini untuk menafikan anak-anak guam kami  (pemandu teksi) sebarang bentuk penyelesaian atau pampasan atas kerugian mereka,”  kata Donelly daripada firma guaman Maurice Blackburn.

Menurutnya,  Uber terlibat dalam ‘pelbagai tingkah laku mengejutkan’ apabila dilancarkan di Australia termasuk menggunakan ‘kereta tidak berlesen bersama pemandu tidak bertauliah’.

Seorang pemandu teksi, Nick Andrianakis memberitahu pemberita bahawa dia terpaksa menutup perniagaan teksinya yang beroperasi selama 40 tahun apabila Uber dilancarkan.

“Saya hilang semangat untuk bekerja. Saya juga hilang pendapatan bagi menyara keluarga ,” katanya.

Sementara itu, Uber berkata, ‘tidak wajar’ untuk mengulas mengenai jumlah pampasan  tersebut sehinggalah  ia ditandatangani di mahkamah.

“Apabila Uber bermula lebih sedekad lalu, peraturan perkongsian kenderaan tidak wujud di mana-mana tempat di dunia, apatah lagi Australia.

“Sekarang berbeza dan Uber dikawal selia di setiap negeri dan wilayah di seluruh Australia, manakala kerajaan mengiktiraf kami sebagai bahagian penting dalam kepelbagaian pengangkutan negara,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dan bernilai AS$157 bilion (RM740.57 bilion) itu berkata, pihaknya telah membuat ‘sumbangan besar’ kepada skim pampasan teksi Australia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI