fbpx

Diskaun 20 peratus guna kod QR beli juadah berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) melawat bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di ibu negara hari ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang membuat pembelian di bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di sini dengan menggunakan kod QR dapat menikmati diskaun harga sebanyak 20 peratus.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, inisiatif pemberian diskaun oleh Maybank itu antara lain bertujuan menggalakkan pembayaran digital dalam kalangan masyarakat.

“Inisiatif sistem Imbas dan bayar guna kod QR dalam bazar Ramadan ini diambil oleh Maybank. Segala pembelian guna kod QR dapat diskaun 20 peratus.

“(Sebagai contoh) Pembelian bernilai RM10, penjaja masih dapat RM10 tetapi pembeli cuma bayar RM8. Perbezaan (RM2) Maybank tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Gerbang Sajian Warisan Imbas dan Bayar di bazar Ramadan Jalan Raja Alang hari ini.

Johari seterusnya melakukan lawatan ke atas penjaja dan pengunjung bazar Ramadan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI