fbpx

CCTV bongkar kecurian alat ganti motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan dua lelaki mencuri alat ganti motosikal di sebuah kedai di Kepala Batas dua minggu lalu dirakam CCTV.

SEBERANG PERAI – Tindakan dua lelaki mencuri alat ganti motosikal bernilai RM230 dari sebuah kedai di Kepala Batas di sini terbongkar selepas dua minggu apabila tindakan itu dikesan melalui televisyen litar tertutup (CCTV) semalam.

Hasil kepantasan polis, suspek berusia 29 dan 30 tahun tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi di sebuah bengkel motosikal di Kepala Batas selepas menerima laporan daripada seorang peniaga lelaki berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu disedari selepas mangsa mendapati komponen ‘camshaft’ telah hilang ketika dia membuat semakan stok kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

“Dia yang meneliti rakaman CCTV mendapati dua suspek pergi ke kedai itu kira-kira pukul 4.30 petang pada dua minggu lalu sambil berpura-pura untuk melihat ‘camshaft’ di kaunter pameran.

“Mereka kemudiannya beredar selepas salah seorang menyembunyikan komponen itu yang dianggarkan bernilai RM230,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, hasil tangkapan itu, polis berjaya menemui semula semula ‘camshaft’ itu dan merampasnya bersama kotak berwarna oren.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau tersebut mengaku terlibat dalam kegiatan itu dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif syabu,” katanya lagi.

Beliau berkata, suspek akan direman hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI