PELAKON Natalie Portman kini rasmi menyandang status janda selepas sah bercerai dengan Benjamin Millepied pada bulan lalu.
Portman dan Millepied berpisah selepas hidup bersama selama 11 tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aleph dan Amalia.
Semasa perbicaraan cerai, Portman mendakwa Millepied yang juga merupakan seorang koreografer telah berlaku curang dengan pelakon, Camille Etienne sejak Jun 2023.
Bahkan, hubungan sulit lelaki itu dengan kekasih gelapnya pernah beberapa kali menjadi tajuk media, berserta gambar mesra mereka berdua.
Difahamkan Portman dan bekas suaminya sebelum ini pernah berpisah pada 2022 tetapi kembali bersama dengan harapan dapat membina kehidupan baharu.
Namun, pada awal 2024, Portman ketika ditemu bual bersama Wall Street Journal memberitahu bakal berpindah ke Perancis bersama anak-anak, sekali gus menjadi petunjuk bahawa hubungannya dengan Millepied sedang retak menanti belah. – KOSMO! ONLINE