fbpx

Reman model sambilan tikam kekasih lanjut lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang model sambilan yang disyaki menikam teman lelakinya di sebuah rumah di Bandar Rimbayu di sini, disambung reman selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, tempoh reman enam hari ke atas wanita berusia 26 tahun itu tamat pada hari ini.

“Ia bermula esok sehingga 22 Mac depan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum tamat tempoh reman tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, petang ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan angkara cemburu, seorang wanita yang juga model sambilan hilang pertimbangan dengan menikam mati kekasihnya di sebuah rumah sewa di sekitar Rimbayu, di sini.

Suspek yang juga bekas pelajar perubatan dipercayai menikam mangsa dengan pisau berdasarkan kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI