fbpx

Otot paha Amira Othman berdarah akibat berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amira OTHMAN akui akan lebih berhati-hati dalam melakukan senaman demi menjaga kesihatan diri.

PETALING JAYA – Penyanyi Amira Othman tidak menyangka tindakannya bersenam secara berlebihan menyebabkan dia mengalami pendarahan otot yang menyebabkan bahagian paha kedua-dua belah ka­kinya me­ngalami bengkak.

Keadaan itu menyebabkan Amira Othman atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 27, tidak dapat berjalan, duduk, baring serta tidur seperti biasa.

“Saya melakukan aktiviti berbasikal ‘indoor’ pada Rabu malam minggu lepas selama 50 minit tanpa henti. Keesokan harinya, kaki saya membengkak dan badan rasa berbisa.

“Pada awalnya saya buat tidak tahu sahaja sebab fikir, itu adalah kejadian biasa selepas melakukan senaman. Tetapi lama-kelamaan keadaan semakin teruk sehingga membuatkan saya sukar berjalan, baring dan duduk. Apatah lagi untuk solat dan tidur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu lagi, dia dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu selepas menyedari perubahan warna air kencingnya menjadi pekat kehitaman.

“Doktor maklumkan, otot saya koyak dan berdarah. Jadi, darah mengalir dalam badan dan mengganggu buah pinggang serta hati saya. Syukur Alhamdulillah keadaan buah pinggang saya baik.

“Saya sedang tunggu keputusan ujian darah untuk hati dan jika semuanya baik, doktor benarkan saya pulang. Kalau sebaliknya, saya akan ditahan di wad,” ujarnya menemani kakaknya bersenam.

Menyedari perkara tersebut sangat serius, Amira Othman akui dia kini lebih cakna de­ngan ilmu berkaitan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI