fbpx

Bunuh bayi: Ibu direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA yang disyaki mengelar anaknya sendiri direman tujuh hari bermula hari ini dan dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru (gambar) untuk pemeriksaan kesihatan mental.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang disyaki mengelar bayinya yang berusia setahun enam bulan dalam kejadian di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Permohonan reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapuan di Hospital Permai, di sini sehingga Sabtu depan terhadap wanita berusia 32 tahun itu.

Difahamkan wanita tersebut dibawa ke Hospital Permai bagi menjalankan pemeriksaan terhadap keadaan kesihatan mentalnya.

Permohonan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar dilaporkan berkata, seorang ibu kandung dipercayai mengelar bayi lelakinya di rumahnya dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah di leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

Dalam kejadian yang menyayat hati itu, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa di lokasi kejadian.

Kumar berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, setakat ini motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI