fbpx

[VIDEO] Hukum harus hantar makanan kepada orang tidak berpuasa – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Setiap rider atau penghantar makanan dibolehkan menghantar makanan kepada orang yang tidak berpuasa.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, hukum melaksanakan pekerjaan itu adalah harus.

Bagaimanapun katanya, pesanan tersebut mestilah daripada orang yang tidak wajib puasa dan bukannya kepada mereka yang wajib puasa.

Sebagai contoh katanya, golongan yang tidak wajib puasa adalah seperti orang tua yang tidak larat berpuasa, wanita datang haid, kanak-kanak dan musafir.

“Yang tidak boleh kita hantar makanan, beri makanan atau hadiahkan makanan kepada orang yang wajib berpuasa, tapi dia sengaja tidak berpuasa.

“Contohnya, budak-budak muda kampung yang wajib puasa tapi ponteng, haram kita jual,” katanya pada satu sesi kuliah agama di sebuah masjid, baru-baru ini.

Namun, kata Azhar, ketika ini ramai peniaga cuba mengaut keuntungan dengan menjual makanan kepada orang tidak berpuasa kerana untungnya banyak.

“Geng-geng tak puasa ini ramai, meniaga laku dapat duit. Tapi ingat duit ini haram. Jika tauke kedai belanja makan anak bini (dengan duit haram) tidak diterima sembahyang kerana rezeki yang haram.

“Akhirat nanti masuk neraka. Nabi ada sebut, tiap-tiap badan yang masuk hasil haram, perniagaan yang haram maka layak masuk neraka,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI