fbpx

Bayi mati dibunuh ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki berumur setahun enam bulan ditemui mati dipercayai dibunuh ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar si mati yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

“Susulan itu, polis melakukan tangkapan ke atas ibu kandung mangsa dan menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mengelar si mati. Permohonan reman akan dilakukan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kumar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI