fbpx

Doktor didakwa terbabit gangguan seksual buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang doktor lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah tampil membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pengadu berusia 43 tahun yang juga bertugas di hospital terbabit membuat laporan polis selepas penularan surat layang di laman sosial yang telah memburukkan namanya.

“Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar itu menuduh pengadu dan beberapa kakitangan lain melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap doktor pelatih yang bertugas di Jabatan Ortopedik HRPB.

“Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial surat mengandungi dakwaan beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB yang dikatakan sering diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki.

Menurut surat berkenaan, doktor terbabit sering mengambil kesempatan dengan meraba, menyentuh bahagian tali baju dalam, mencubit badan dan paha selain bercakap lucah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI