fbpx

Jangan berlebih-lebih dengan pelakon wanita – Diana Rafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana memberi amaran terhadap suaminya, Zamarul Hisham agar tidak berlebih-lebihan dengan pelakon wanita di set penggambaran.

PETALING JAYA – Kerisauan sebagai isteri membuatkan pelakon Diana Rafar memberi amaran terhadap suaminya yang juga aktor Zamarul Hisyam agar tidak menjalin hubungan berlebih-lebihan dengan mana-mana selebriti wanita di set penggambaran.

Diana atau nama penuhnya Adiana Abdul Rafar, 41, berkata, ingin menjalin sinergi dengan rakan seperjuangan wanita biarlah bertempat.

“Shooting (penggambaran) juga? Papa (panggilan kepada Zamarul) jangan berani nak mencari keserasian dengan orang.

“Sampai lebih-lebih hendak tolong orang lain,” katanya dalam kapsyen Instagram.

Sementara itu, Zamarul turut membalas amaran tersebut dalam ruangan komen.

“Aduh, sampai sini (Instagram) dia beri pesanan,” ujarnya.

Perkongsian Diana itu sekali gus mengundang perhatian ramai termasuk beberapa selebriti tanah air yang menawarkan khidmat untuk turut memantau suaminya di set penggambaran.

“Saya sebagai wanita setuju dengan amaran ini!” komen pelakon Riena Diana.

“Sebagai jiran paling dekat, saya akan pantau juga kak. Kalau lebih daripada seorang, saya akan maklumkan,” seloroh Syatilla Melvin.

“Jaga-jaga Zamarul, Diana sudah bagi amaran dan banyak mata-mata,” kata netizen.

Difahamkan, amaran tersebut adalah disebabkan kontroversi melanda dia pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang ditangkap khalwat pada 8 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI