fbpx

Lelaki? Letak tepi dulu buat masa sekarang – Mawar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Mawar Rashid belum terbuka untuk menyahut salam perkenalan mana-mana lelaki yang disifatkan tiada dalam senarai keutamaan buat masa ini.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid belum terbuka untuk menyahut salam perkenalan mana-mana lelaki yang disifatkan tiada dalam senarai keutamaan buat masa ini.

Akui pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu, dia lebih selesa menyayangi diri sendiri, sekali gus mahu memberi sepenuh perhatian terhadap perkembangan tiga permata hati.

“Cukuplah ada anak-anak, keluarga serta sahabat yang sentiasa ada di sisi saat susah dan senang, kehadiran lelaki lain belum pernah terfikir dan mungkin lambat lagi.

“Saya dalam fasa kenal diri, belajar sayangkan diri sendiri dulu agar dapat memberikan kasih sayang semaksimumnya kepada anak-anak.

“Kalau soal mengenali orang baharu, biarlah perkara itu saya letak ke tepi kerana banyak lagi benda penting lain wajar diberi perhatian,” katanya kepada HibGlam.

Malah akui pelakon drama Pencuri Cinta Kelas Satu itu, kesibukan di set penggambaran dengan yang terbaharu Jangan Pandang Belakang 2, selain menguruskan bisnes membuatkan masanya sentiasa terisi.

“Tahun ini memang saya nak kembali aktif berlakon selepas memberikan tumpuan terhadap perniagaan serta anak yang masih kecil terutama si bongsu.

“Selepas ‘shooting’ filem sekuel seram Jangan Pandang Belakang Congkak selesai, ada beberapa judul naskhah lain dalam pertimbangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI