fbpx

BABA’S edar 1,500 bubur lambuk percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para petugas sedang menyiapkan bubur lambuk sempena program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam, hari ini.

PETALING JAYA – Pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S menyediakan sebanyak 1,500 mangkuk bubur lambuk secara percuma kepada warga Shah Alam menerusi program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 sempena bulan Ramadan ini.

Program yang memasuki tahun keenam tahun ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam di sini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang, hari ini.

Program itu bukan sahaja bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi memupuk perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat.

Ketua Pemasaran BABA‘S, Azrain Mohamad berkata, penglibatan pihaknya dalam program itu adalah bukti komitmen pihaknya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setempat.

“Ini adalah penglibatan kali kedua BABA’S dan kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami percaya bahawa melalui usaha ini, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan.

“Kami menggunakan beberapa produk keluaran BABA’S sebagai bahan utama masakan antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera,” jelasnya.

Bubur lambuk itu diedarkan di pelbagai lokasi dengan tumpuan diberikan kepada petugas pasukan beruniform seperti polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI