fbpx

Warga emas hilang ditemukan tidak bernyawa dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam hutan di Kampung Binunuk petang semalam selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu. - Foto IHSAN BOMBA

BEAUFORT – Selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu, seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam hutan di Kampung Binunuk pada petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Kamariah Sungkim, 74, ditemukan pada pukul 2.52 petang kira-kira 1.7 kilometer (km) dari bahagian belakang rumahnya sehari selepas mangsa hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 10 pagi semalam daripada polis.

“Operasi dijalankan bersama Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan dibantu oleh penduduk kampung lain di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI