fbpx

Pelancong warga China ditemui lemas di Pulau Sapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelancong warga China dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti mandi laut di pantai Pulau Sapi semalam. - Foto IHSAN PEMBACA

KOTA KINABALU – Seorang pelancong warga China dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti mandi laut di pantai Pulau Sapi, semalam.

Dipercayai datang bercuti bersama isteri, mangsa dikenali sebagai Zhou Chunguang, 51, ditemui lemas oleh pelancong lain yang turut berada di pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa masuk ke Pulau Sapi menggunakan bot pelancongan kira-kira pukul 10 pagi semalam bersama isterinya.

“Mangsa kemudiannya dilaporkan mandi bersendirian di pantai terbabit manakala isteri mangsa pula berada di pantai kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

“Bagaimanapun, mangsa dijumpai lemas oleh dua pelancong lain kira-kira 30 minit kemudian sebelum mereka meminta bantuan pengawal pantai di Pulau Sapi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi memaklumkan mangsa kemudiannya dibawa naik ke pantai sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) selama lima minit.

“Mangsa dibawa ke hospital namun doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 1.55 petang ketika berada di Jeselton Point,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI