fbpx

Polis minta bantuan orang ramai kesan Nurul Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Aishah.

PUTRAJAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang hilang sejak 9 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita dikenali sebagai Nurul Aishah Abdullah, 20, hilang dari rumah di Presint 15 di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, hari kejadian.

“Kejadian (kehlangan) itu berlaku dipercayai kerana merajuk. Kita minta komuniti untuk membantu mengesan bersama selain polis dan ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya mengklasifikasi kes berkenaan sebagai Orang Hilang.

Terdahulu media melaporkan, Nurul Aishah dikatakan keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.

Ibunya, Nurul Izzah Lenny Abdullah Mathius, 43, memaklumkan, anaknya keluar berjalan kaki tanpa membawa kad pengenalan dan telefon bimbit.

Ahli keluarga juga bimbang akan keselamatan wanita itu kerana dia tidak mempunyai kawan dan pendiam. Sewaktu meninggalkan rumah, Aishah tidak membawa pakaian dan wang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI