fbpx

Harimau Malaya ‘mengaum’ belasah Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stuart Wilkin meraikan jaringan gol yang dilakukan bersama Brendan Gan malam tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya berjaya meraih momentum yang diharapkan apabila mudah menewaskan Nepal dengan kemenangan 5-1 pada aksi pemanas badan yang dilangsungkan secara tertutup di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Pada perlawanan itu, skuad kebangsaan tidak berdepan masalah untuk mendominasi perlawanan tanpa membuka ruang ketara buat pasukan di ranking ke-175 itu.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon dilihat turut menguji sebahagian besar pemain yang dipanggil pada aksi yang dilangsungkan selama 140 minit dengan empat babak setiap 35 minit.

Jaringan Malaysia dilakukan oleh penyerang sensasi, Darren Lok (dua gol), Stuart Wilkin, Daniel Ting, dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

Sementara itu gol saguhati pasukan pelawat hadir menerusi ledakan Sameer Tamang .

Keputusan tersebut dijangka menaikkan semangat barisan pemain menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat pada awal pagi Jumaat depan.

Pasukan kebangsaan dijadualkan berlepas ke Muscat pada pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI