fbpx

Marquez berang salahkan doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ terpaksa menjalani pembedahan ketiga menukar plat pada lengannya sekali gus bakal terlepas 10 perlumbaan musim depan. – AFP

LONDON – Tindakan Marc Marquez yang turun kembali beraksi di Grand Prix (GP) Andalusia pada Julai lalu selepas tiga hari menjalani pembedahan patah tulang lengan mengejut peminat MotoGP seluruh dunia dan menggangap ia satu kerja gila.

Bagaimanapun, pelumba Rep­sol Honda tersebut akhirnya mengakui tindakannya itu satu kesilapan hingga menyebabkannya menderita apabila terpaksa menjalani pembedahan ketiga minggu lalu hingga tersisih sehingga enam bulan lagi.

Marquez mengalami kece­deraan di GP Sepanyol dan tindakannya turun pada sesi kelayakan perlumbaan GP Andalusia mengundang padah apabila plat titanium yang tertanam pada tulang lengan kanannya tercabut dan terpaksa menjalani pembedahan kedua.

Bagaimanapun, selepas empat bulan berehat Marquez belum pulih sepenuhnya dan terpaksa menjalani pembedahan ketiga, sekali gus menyebabkan dia terpaksa berehat panjang dan mungkin terlepas 10 perlumbaan musim depan.

“Tahun ini telah mengajar saya banyak perkara. Yang pertama, tindakan saya kembali berlumba ketika masih dihimpit kecede­raan merupakan satu tindakan terburu-buru.

“Percubaan kembali ke Jerez pada GP Andalusia adalah satu kesilapan. Selepas pembedahan pertama, persoalan yang bermain di fikiran apabila saya mampu kembali berlumba semula.

“Sebagai doktor mereka seharusnya melarang jika terda­pat risiko yang perlu saya hadapi. Saya pergi ke Jerez dengan fikiran yang tenang kerana me­reka menjelaskan, plat yang dipasang pada lengan saya sangat baik.

“Sekiranya mereka membe­ritahu bahawa plat titanium yang dipasang pada lengan saya boleh tercabut, sudah pasti saya tidak akan menunggang jentera ­dengan kelajuan 300 kilometer sejam (km/j),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI