fbpx

Restoran McDonald’s di Asia alami gangguan sistem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 28 Julai 2014 menunjukkan sebuah restoran McDonald’s di Shanghai China. – AFP

TOKYO – Pelanggan McDonald’s yang  kelaparan di beberapa kawasan di Asia menghadapi masalah untuk membuat pesanan di restoran, menerusi  telefon bimbit dan kiosk elektronik pada hari ini berikutan masalah gangguan sistem.

Di Jepun, gergasi makanan segera Amerika Syarikat itu menyatakan di laman  X bahawa pihaknya ‘pada masa ini mengalami kegagalan sistem’  dan ‘menggantung sementara operasi di banyak cawangan restorannya’.

China  terjejas selama beberapa jam dengan gangguan tersebut  menjadi topik hangat di platform media sosial Weibo sebelum sistem pesanan dalam taliannya pulih semula sepenuhnya.

McDonald’s di Hong Kong memaklumkan di laman Facebook bahawa ‘pesanan  mudah alih dan kiosk pesanan elektroniknya tidak berfungsi’ namun memberitahu, sistem pesanan ‘secara beransur-ansur kembali normal’

Di Korea Selatan, laman web penghantaran McDonald’s menyiarkan mesej ralat menyatakan: “Perkhidmatan kami digantung buat sementara waktu kerana penyelenggaraan sistem pelayan untuk penstabilan laman web.”

Singapura turut dilanda masalah serupa, begitu juga Australia dan New Zealand, demikian  menurut laporan media.

India, Indonesia, Thailand dan Vietnam bagaimanapun tidak terjejas. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI