fbpx

Pelancong digelar ‘hantu miskin’ kerana ‘window shopping’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan barangan kemas yang dijual di sebuah kedai di China. - Foto AFP

BEIJING  – Video seorang pelancong dihina dan digelar ‘hantu miskin’ oleh pemilik sebuah kedai barangan kemas menjadi tular di media sosial China, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Pelancong wanita itu pergi ke kedai barangan kemas di Bandar Xiamen pada 25 Februari lalu.

Menurut akhbar South China Morning Post, dia bertanyakan harga barangan kemas tetapi akhirnya meninggalkan kedai itu tanpa membuat sebarang pembelian.

Pemilik kedai  menggelarnya ‘hantu miskin’ yang tidak mampu membeli barang kemas tetapi masih cuba bertanya tentang harga, demikian menurut rakaman video berkenaan yang  dikongsi di platform Douyin.

Pelancong dan pemilik kedai itu kemudiannya bertengkar.

Ketika perbalahan mereka semakin serius, polis tiba dan memutuskan untuk menggantung operasi kedai itu.

Ramai netizen China menyatakan kemarahan mereka dan menggesa tindakan lebih keras dikenakan terhadap pemilik kedai tersebut kerana kelakuan biadabnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI