fbpx

‘Mat rempit’ serang rumah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN mat rempit menyerang rumah seorang anggota polis di Bulukumba, baru-baru ini. - Foto Tribun Timur

JAKARTA  – Sekumpulan penunggang motosikal bertindak menyerang rumah seorang anggota polis di Bulukumba, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Rumah itu juga dibaling batu, menyebabkan atap dan dinding kediaman anggota polis tersebut rosak.

“Geng motor serang rumah polis di Bulukumba, dua pelaku ditangkap,” demikian menurut keterangan klip video tentang kejadian tersebut yang tular di media sosial.

Dalam rakaman  itu, terdapat seorang penunggang motosikal berdiri di depan rumah tersebut , manakala rakan-rakannya membaling batu ke arah kediaman mangsa.

Mereka juga ketawa setelah melakukan perbuatan itu.

Pegawai kanan polis Bulukumba, Abustam menyatakan, pihaknya sedang melakukan siasatan mengenai kes tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI