fbpx

Tiada masalah makan ‘kurma butter’, ambil secara seimbang – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. IHSAN MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA – Trend inovasi makanan dengan memakan kurma bersama sapuan ‘butter’ yang tular pada Ramadan kali ini dilihat tidak memberi masalah kepada orang ramai sekiranya kuantiti makanan itu diambil secara seimbang.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kurma dan ‘butter’ secara asasnya membekalkan manfaat kepada tubuh dan perlu diambil secara seimbang.

“Prinsip yang utama ialah semuanya mesti seimbang (pengambilan kurma butter), apapun mesti seimbang.

“Kurma boleh, ‘butter’ boleh, semuanya mesti seimbang. Itu prinsip utama dalam keseimbangan makanan.

“Jadi, tiada masalah kurma ‘butter’, kreativiti dan inovasi dalam Ramadan. Cuma, ambil dengan seimbang, itu prinsip keseimbangan makanan,” katanya selepas majlis Pelancaran ‘Kick-Off’ Op Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.

Terdahulu, bercakap pada sidang akhbar pada majlis itu, Dr. Dzulkefly berkata, sepanjang tempoh empat hari Ramadan, Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima sebarang aduan melibatkan keracunan makanan atau bazar kotor.

“Ini menunjukkan petanda baik, kita mula sejak Februari, sudah berikan latihan dan penerangan kepada pemilik,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024, Dr. Dzulkefly memberitahu, KKM memulakan pemantauan sejak Februari lalu.

“Terkini, sebanyak 183 sesi taklimat kebersihan premis dan pengendalian makanan yang selamat kepada 70,334 pemilik gerai di 1,299 tapak Bazar Ramadan telah diadakan.

“Selain itu, sebanyak 324 buah premis penyediaan makanan termasuk kilang ais juga telah diperiksa di semua negeri.

“Pemeriksaan premis makanan yang dijalankan sebelum Ramadan juga meliputi premis yang menyediakan bufet berbuka puasa seperti restoran dan hotel,” katanya.

Jelasnya, pemggunaan Kod QR bagi maklum balas kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan Putrajaya yang dilancarkan tahun lalu juga akak diteruskan.

“Ia bakal memudahkan pengguna untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar-bazar sekitar Putrajaya.

“Melalui Kod QR ini juga, pengguna boleh mendapatkan informasi berkaitan keselamatan dan kualiti makanan bersempena Ramadan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI