fbpx

Program Residensi Rakyat hapus stigma kediaman miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming pada sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Program Residensi Rakyat (PRR) diharap dapat mengubah stigma Program Perumahan Rakyat (PPR) yang sebelum ini dicop sebagai kediaman miskin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, buat masa ini, model PRR itu masih di peringkat cadangan dan perbincangan pihaknya.

Beliau berkata, secara dasarnya, beliau mahu PRR itu menjadi kediaman berdaya huni, selamat dan selesa bagi golongan B40.

“PRR adalah susulan kepada facelift model daripada PPR sebelum ini dimana kerajaan memberi subsidi kepada B40 untuk memiliki kediaman itu.

“Mengikut kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dahulu, 12.4 peratus penduduk di PPR ada kecenderungan untuk bunuh diri.

“Ini adalah satu yang tragis bagi saya, oleh kerana itu apabila kita laksanakan PRR maka, saya yakin penduduk yang duduk di sana bukan sahaja tidak ada stigma miskin tapi lebih bermaruah, berasa selesa, selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI