fbpx

Josue lebih utamakan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (kanan) sanggup berjauhan dengan keluarganya buat sementara waktu demi memastikan kejayaan buat Harimau Malaya. – AFP

BINTANG naturalisasi, Paulo Josue rela memilih untuk ‘berpisah’ dengan keluarganya buat sementara bagi memberi fokus kepada latihan pusat Harimau Malaya sebelum menghadapi Oman bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.

Selepas membina legasi bersama Kuala Lumpur City FC sehingga memperoleh kerakyatan Malaysia, pemain kelahiran Brazil itu mahu mengukuhkan lagi jati dirinya, malah nekad untuk mencipta satu lagi sejarah besar buat arena bola sepak Malaysia.

“Ini adalah perlawanan pen­ting dan kami fikirkan tentang sejarah Malaysia. Jika kami dapat tiga mata di tempat lawan, kami hampir ke pusingan seterusnya dan jika menang kali kedua di sini (Bukit Jalil), saya fikir kami sudah layak.

“Saya tidak pasti berapa lama (kali terakhir) Malaysia layak ke pusingan seterusnya dan semestinya ini (menentang Oman) adalah aksi penting buat pasukan. Di pusingan seterusnya nanti kami akan jumpa pasukan terkuat di Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.

“Jadi penting untuk Malaysia berada di peringkat itu. Kami kena sentiasa bersedia seperti bertemu Korea Selatan di Piala Asia. Di situ kami sudah tunjukkan yang kami sebenarnya mampu lakukannya,” katanya.

Selepas dua perlawanan awal, anak-anak buah Kim Pan-gon cemerlang merakam dua kemenangan untuk mendahului carta Kumpulan D dengan enam mata diikuti Oman dan Kyrgyzstan yang berkongsi tiga mata, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Selain mampu mengesahkan slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, kedudukan dua teratas bakal memastikan kejayaan Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit buat kali kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI