fbpx

Selangor berminat ikuti Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) bersama Pengerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Nazri Noh (tiga dari kanan) dan Pengasas iMotorbike, Gil Carmo (tiga dari kiri) menunjukkan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani mereka, hari ini.

SHAH ALAM – Selangor bakal mengikuti jejak tujuh negeri lain dalam pelaksanaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju untuk mengutuskan surat Lol kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Isnin depan bagi menyatakan minat untuk mengikut akta tersebut.

“Ahli MMKN telah membuat persetujuan (untuk menghantar LoI) pada mesyuarat kerajaan negeri pada Rabu, baru-baru ini.

“Bagaimanapun, banyak perbincangan perlu dibuat dibuat kerajaan negeri dengan pihak KPKT bagi mencapai kata sepakat bagi pelaksanaanya.

“Apapun, saya harap perbincangan dapat diselesaikan pada tahun ini juga,” katanya selepas melancarkan ruang pameran iMotorbike di Glenmarie, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kPKT) sedang menunggu keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Selangor berhubung pelaksanaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.

Setakat ini, terdapat tujuh negeri telah menggunakan akta tersebut iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan memperbanyakkan program Jualan Ehsan Rahmah (JER) menjelang Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI