fbpx

MB Inc dan Escape Ipoh rai keluarga media Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tarikan di Escape Ipoh yang bakal dibuka bulan depan.

BATU GAJAH – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan Escape Ipoh meraikan lebih 100 pengamal media negeri ini dan keluarga mereka dalam program Media Familiarisation Trip 2024 di taman tema itu baru-baru ini.

Program berkonsepkan santai itu memberi pengalaman kepada media bersama keluarga mencuba sendiri lebih 30 permainan seperti monkey business, gecko tower, flying lemur, slingshot, jumping jack, aerobat, boat rides dan banana flip.

Pengurus Amanjaya TT5, Shaharin Zainon berkata, program itu diadakan bagi meraikan pengamal media yang mempromosikan Escape Ipoh yang bakal dibuka pada April nanti.

“Ini sekaligus selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 yang sedang rancak berlangsung kini.

“Rakan-rakan media serta keluarga menjadi antara yang terawal merasai pengalaman dan keterujaan permainan dan aktiviti yang bakal ditawarkan di taman tema ini kepada pengunjung kelak,” katanya di sini baru-baru ini.

Katanya lagi, usaha membangunkan bekas tapak lombong biji timah itu sebagai tarikan pelancongan bagi menyahut agenda perlombongan bertanggungjawab, selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Escape Ipoh dibangunkan dengan nilai pelaburan RM30 juta yang melibatkan kerjasama strategik MB Inc sebagai penyedia tapak dan firma swasta, Sim Leisure Group (SLG).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Escape, Philip Whittaker berkata, taman tema seluas 59 hektar itu bakal menjadi tarikan terbaru sektor pelancongan di negeri ini.

“Walaupun dibina di kawasan bekas lombong, keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan kami supaya mereka dapat bergembira bersama keluarga.

“Kami menyasarkan kira-kira 200,000 pengunjung akan ke Escape Ipoh apabila dibuka sepenuhnya pada bulan depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI